Thursday 21 July 2011

Tips Mengeratkan Persahabatan

 8 tips mengeratkan persahabatan 

Kesabaran

Belajarlah bersabar sekiranya sikap teman baik kamu itu ada kalanya menyinggung perasan, mungkin dengan sikap kesabaran yang kamu tonjolkan itu dapat memberi hidayah kepada teman kamu itu untuk berubah dan mula berfikir tentang hati dan perasaan.
Berterus- Terang
Jangan sesekali kamu memendam perasaan sekiranya kamu tidak menyukai sikap teman-teman di sekeliling kamu. Cuba berbincang dan berterus-terang agar masalah tersebut dapat diselesaikan bersama-sama.
Ikhlas
Anda hendaklah sentiasa bersikap ikhlas terhadap teman anda. Jangan memandang rendah pada darjat dan juga rupa paras teman anda sekiranya mereka berasal dari keluarga yang susah. Iklaslah dalam berkawan dan pastinya persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.
Saling Memahami
Saling memahami masalah satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri kerana masalah tidak akan selesai sekiranya persefahaman antara kedua-0dua pihak tidak tercapai.
Saling memaafkan
Jika teman anda ada melakukan kesalahan yang mengguris perasaan anda, cuma memaafkan teman anda kerana kemaafan adalah jalan terbaik bagi menghilangkan perasaan marah dan dendam. Elakkan diri anda daripada mempnyai sifat dendam terhadap teman anda sendiri.
Jaga Tutur Kata
Jangan terlalu celupar dalam berbicara dengan teman-teman anda. Sifat lepas kata beginilah yang akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
Nasihat Menasihati
Teguran hendaklah secara baik dan bukannya melulu. Tegur teman anda dengan lembut dan pastikan anda dapat mengawal emosi anda semasa menegurnya.
Saling Berhubung
Jauh di mata, dekat di hati. Slogan tersebut betul-betul sesuai untuk tips ini. Walau di mana pun anda berada pastikan anda tidak terputus hubungan dengan teman anda. Walaupun anda terpisah disebabkan jarak dan masa, anda masih boleh mengeratkan persahabatan dengan bertanya khabar teman anda. Cukup memadai sekali sebulan anda bertanyakan khabar teman anda.

No comments:

Post a Comment

Chit-Chat Adil